Saturday, May 21, 2011

bored

ari ni ari yang sangat membosankan
xtau nk buat apa
bosan . bosan .bosan
dlm perancangan ari ni nk g umah sewa kat kulim
tp ujan la plak kn..hurm
nak kuar hujan xkuar xujan plak..
xtau la nak buat apa dh aih
asyik duk dalam umah ni jaa
nk kuar pegi joging 
xboleh
ujan...
n blogjogging
xbleh gak
bandwith bb plak low
lambat pulak nk loading
huhuhu
parah macam ni


arrrrrhhhhh x10...

so bored day.....!!!

i dun know what to do now....!!!
please give me suggestion to do something ...!! 



gmbar p.cik google




p/s: sja wat truk .. ahaha .. jom layan game COD 7 - BlackOps 

jom jalan2..

rasa masih sempat lagi kot nk update blog .. ahaha
okeh2...ari ni aku nk pegi kulim and mybe stay kat sana 3 4 hari la kot..

n yang sedihnya aku xbawak lapy and bb pegi sana coz pegi sna naik mto je 
tambahan sekarang ni musim ujan plak kan .. kalo bwak lapy pon pikir 2 3 kali gak la..ahahaha
tujuan aku g sna just nak g tengok mbe2 aku yang amik short sem n pegi cari umah sewa untuk sem depan
tambahan pula hujung minggu ni aku kena p umah ummi(mak angkat) aku for keduri arwah kat umah dy kat kulim2.. 
 nnt rajin2 la jenguk2 aku kat sini walaupon aku xdak 3 4 hari ni yer...
ok2 .. bye2 u all ..Assalamualaikum .. 
xdak kena mengena dengan post .. tp aku minat gambar ni .. letak sja la.. gmbar p.cik google

Friday, May 20, 2011

Wuduk yang sempurna

Assalamualaikumm... 


arie ni aku p solat jumaat agak lewat skit..
disebabkan itu kawasan dalam masjid pon dh penuh..so aku pon duk la di sebelah kiri masjid yang bertentangan dengan tempat ambil wuduk dalam kolah..


dalam duk tengah mendengar khutbah . aku juga melihat orang ramai yang tengah ambil wuduk . hati ku tertanya-tanya .  betul ka cara amik wuduk nie ??.. macam xsempurna ja pon .. ahaha .. banyak jugak la aku lihat ramai yang amik wuduk yang sempurna neh .. bahaya ni .. sebab kalau wuduk pon dh xsempurna macam mana nk sembahyang?? .. wuduk yang x sempurna maknanya xsah la wuduk .. xleh sembahyang laa .. semakin lama aku lihat . semakin ramai yang amik wuduk xsempurna . parah ni . kalau 1 leh la aku p tegur .. tp ni smpai 7, 8 orng yg aku lihat ni .. kalau aku p tegur suma . mesti orng usha aku plak . ahaha . antara kesalahan yang aku perasan la masa mereka amik wuduk 2:


1. basuh muka tidak sempurna
2. basuh tangan tidak sampai ke siku
3. basuh kaki xsampai buku lali . 


3 ni sja la yang acap kali dilakukan oleh orng ramai..


so . arie ni aku nk kongsikan bagaimana yang dikatakan wuduk yang sempurna..jeng3


okie .. mula2 kita lihat perkara wajib dalam solat . . perkara wajib dalam wuduk ada 6 perkara iaitu:

  1. Niat

Niat .. kena niat di dalam hati untuk mengerjakan wuduk. Bacakan niat sewaktu mula air kena muka 
 
Maksudnya : "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"



2.Membasuh muka


membasuh muka pula iatlah mengalirkan air serta meratakannya ke air seluruh muka yang dibasuh dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan ke seluruhnya .. diselati seluruh janggut), dan dari telinga kanan ke telinga kiri.




3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku


Mulakan dari hujung jari sampai ke kedua hujung siku. 
 




4. Menyapu sebahagian kepala 

Meratakan dan menyapu air ke kepala sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan lebih baik jika menyapu seluruh kepala, sebanyak 3 kali. 
 


5.  Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali

Mengalir dan meratakan air ke kedua-dua kaki dan celah-celah jari hingga ke buku lali. 
 


6. Tertib.
tertib ni mengikut turutan daripada 1 hingga ke 6 .. yang dahulu di dahulukan yang kemudian di kemudiankan



ok .. yg kt atas 2 perkara wjib n yg kat bawah ni plak perkara2 sunat semasa wuduk..

  1. Menghadap ke arah Kiblat
  2. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim"
  3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk
  4. Berkumur atau bersugi.
  5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  6. Menyapu air ke kepala.
  7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  15. Berjimat ketika menggunakan air.
  16. Jangan bersembang semasa menga,bil wuduk.
  17. Membaca Doa Selepas wuduk setelah selesai berwuduk. 

kesempurnaan dalam wuduk amat penting untuk memastikan solat yang di lakukan diterima oleh Allah .. sekiranya wuduk tidak sah maka solat pon tidak sah .. sebenarnya banyak kelebihan wuduk ni .. slah satu kelebihan wuduk ni ialah berdasarkan hadis di bawah ni

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361)

renung-renungkan dan selamat beramal yer..

p/s: cara wuduk yang aku tunjukan ni menurut Mazhab Syafie saja tau coz aku berpegang dengan Mazhad Syafie .. untuk 3 lagi Mazhab yang utama tu ada sedikit berbezadengan mazad syafie ni  .T.Q

sumber gmbar: bang cik gooogle.

Wednesday, May 11, 2011

Jom Lepak di Bangku Kosong









Ini adalah segmen yang di lakukan oleh tuan blog Bangku Kosong 
tujuan beliau ialah untuk nk kumpulkan blog2 untuk memudahkan beliau dan blogger2 yg  lain nk blogwalking ..
tp syaratnya mestilah tidak melebihi 500 followers..
makna nya 500 - 0 .. boleh join
kalau 501 - beribu-ribu followers ..  xleh join .. hehehe

untuk maklumat lanjut atau yang nk join bleh klik di sini dan sini.









Sunday, May 8, 2011

kisah hari ibu..

sejak seminggu sebelum hari ibu aku dh set untuk membelikan sebijik kek untuk mak aku .. kemudian masa berganti masa .. hari berganti hari kemudian tiba ari sabtu ..

jeng3...

di tengah tengahari yang terik .. ditambah pula dengan kebusahan berada di rumah aku pon online fesbuk kat ruang tamu .. huhu (xdak keja len siang malam fesbuk) .. and then aku lihat ada 2 friend aku tulis kat wall mereka selamat hari ibu .. aku pon terus kehairanan .. bkannya esok ka hari ibu .. 8 mei 2011 .. ???
dengan penuh kehairaan aku pon scroll lg kat bawah kot2 ada lg yang post hari ibu kat wall mereka .. scroll pnya scroll .. xdak pon .. xpa laa .. aku pon buat xtau sja la coz aku dah search kat internet kata hari ibu 8 mei .. 

pastu aku pon kuar pegi jalan kat town .. xjumpa pon kat komplex n kedai2 yang letak banner or pasang lagu sempena hari ibu ni .. aku tersengih sowang kat town 2 .. hahaha .. masuk kedai kek aku usha2 kek dlu .. nak tempah kek tp kedai tu x buat kek khas untuk hari ibu pon .. yang ada hanya kek biasa2 sja .. hurm xpa la .. malam esok la g beli .. 

petang tu plak dekat2 nk solat maghrib aku dok lepaak kat ruang tau sambil main game kat laptop ni .. n then mak aku datang duk sebelah aku usha aku men game .. tiba2 adik2 aku datang bg hadiah kat mak aku dan ucapkan selamat ari ibu .. hahaha .. aku buat xtau jaaa .. dh mak aku tengok aku buat xtau ja .. mak aku pon kata .. dlu masa kecik2 acik( nama manja aku ..hahaha kantoi) suka bg hadiah, skarang ni dh besar xbg pa dh    la .. aku pon wat x tau lg .. ahahaha

ke esokkan harinya hari ahad 8 mei 2011.. mcam biasa aku bangun terus online fesbuk .. haa ari ni ni baru aku lihat ramai friend aku kat fesbuk tu post selmat hari ibu kat wall mereka .. baru betul hari ini hari ibu .. pastu aku siap2 kuar nk kuar town and p bayar bil air .. lepas bayar bil air aku g town .. baru aku nampak banner2 hari ibu kat town walaupon xbanyak .. pastu aku balik umah dan lupa nk beli kek .. 

malam tu la plak aku kua g town lg utk beli kek .. aku g tya kek untuk hari ibu punya xdak ke .. diorang kata dah abis .. ahaha .. mau xabis kul 9.30 mlm baru g beli kek ..kedai tutup kol 10 mlm huhu .. so aku pon beli lah kek biasa2 sja .. ahaha

lepas beli trus pecut balik umah .. jauh gak la dari umah aku pegi town .. dal 8km camtu la .. ahaha .. 

sampai ja umah .. mak aku dh tido .. aik awai mak aku tido hari ni .. bru kol 10 .. xpa la mybe mak aku letih kot hari ni .. so simpan je la dalam peti sejuk .. esok la kita makan .. ahahaha .. k bye2 .. salam




ni la dia kek yang mampu anakmu beli
terima kasih mak .. atas segalanya .. 
selamat hari ibu mak ummie .. ahaha

Tuesday, May 3, 2011

kelajuan yang di hadkan..

kali ini aku nak tunjukkan 1 papan tanda yang di cipta oleh masyarakat tempatan untuk lori tanah..ahahaha

lokasi: jalan kepala batu, jitra, kedah 

spa2 yang biasa guna jalan ni mesti pernah lihat kan..
ni lah usaha baik yang dilakukan oleh masyarakat setempat untuk mengatasi masalah lori tanah yang pasang turbo kat lori yang membuat lori mereka laju sngat..hahaha..
usaha ini dapat mengelakan daripada berlakunya perkara yang tidak diigini kepada mereka dan juga pengguna yang melalui jalan tersebut..
kalau nk diharapkan polis/jpj  mustahil juga mereka dapat memastikan keadaan jalan ini selamat setiap masa kerana maklumlah bilangan polis di negara kita bukannya banyak..mereka perlu menjaga 1 malaysia..bukan di kawasan ini saja..
tp apa2 pn..buat pemandu2 lori sekalian xkira lori besar ke kecik ka..bawak la lori 2 elok2 . sesal kemudian x berguna dh..



AMARAN LORI TANAH/PASIR
HAD LAJU 40 KM/J
LAJU... LASTIK


Q: agak2 pemandu lori 2 sempat ka baca kalau dy bawak laju..??