Friday, May 20, 2011

Wuduk yang sempurna

Assalamualaikumm... 


arie ni aku p solat jumaat agak lewat skit..
disebabkan itu kawasan dalam masjid pon dh penuh..so aku pon duk la di sebelah kiri masjid yang bertentangan dengan tempat ambil wuduk dalam kolah..


dalam duk tengah mendengar khutbah . aku juga melihat orang ramai yang tengah ambil wuduk . hati ku tertanya-tanya .  betul ka cara amik wuduk nie ??.. macam xsempurna ja pon .. ahaha .. banyak jugak la aku lihat ramai yang amik wuduk yang sempurna neh .. bahaya ni .. sebab kalau wuduk pon dh xsempurna macam mana nk sembahyang?? .. wuduk yang x sempurna maknanya xsah la wuduk .. xleh sembahyang laa .. semakin lama aku lihat . semakin ramai yang amik wuduk xsempurna . parah ni . kalau 1 leh la aku p tegur .. tp ni smpai 7, 8 orng yg aku lihat ni .. kalau aku p tegur suma . mesti orng usha aku plak . ahaha . antara kesalahan yang aku perasan la masa mereka amik wuduk 2:


1. basuh muka tidak sempurna
2. basuh tangan tidak sampai ke siku
3. basuh kaki xsampai buku lali . 


3 ni sja la yang acap kali dilakukan oleh orng ramai..


so . arie ni aku nk kongsikan bagaimana yang dikatakan wuduk yang sempurna..jeng3


okie .. mula2 kita lihat perkara wajib dalam solat . . perkara wajib dalam wuduk ada 6 perkara iaitu:

  1. Niat

Niat .. kena niat di dalam hati untuk mengerjakan wuduk. Bacakan niat sewaktu mula air kena muka 
 
Maksudnya : "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"



2.Membasuh muka


membasuh muka pula iatlah mengalirkan air serta meratakannya ke air seluruh muka yang dibasuh dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan ke seluruhnya .. diselati seluruh janggut), dan dari telinga kanan ke telinga kiri.




3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku


Mulakan dari hujung jari sampai ke kedua hujung siku. 
 




4. Menyapu sebahagian kepala 

Meratakan dan menyapu air ke kepala sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan lebih baik jika menyapu seluruh kepala, sebanyak 3 kali. 
 


5.  Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali

Mengalir dan meratakan air ke kedua-dua kaki dan celah-celah jari hingga ke buku lali. 
 


6. Tertib.
tertib ni mengikut turutan daripada 1 hingga ke 6 .. yang dahulu di dahulukan yang kemudian di kemudiankan



ok .. yg kt atas 2 perkara wjib n yg kat bawah ni plak perkara2 sunat semasa wuduk..

  1. Menghadap ke arah Kiblat
  2. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim"
  3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk
  4. Berkumur atau bersugi.
  5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  6. Menyapu air ke kepala.
  7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  15. Berjimat ketika menggunakan air.
  16. Jangan bersembang semasa menga,bil wuduk.
  17. Membaca Doa Selepas wuduk setelah selesai berwuduk. 

kesempurnaan dalam wuduk amat penting untuk memastikan solat yang di lakukan diterima oleh Allah .. sekiranya wuduk tidak sah maka solat pon tidak sah .. sebenarnya banyak kelebihan wuduk ni .. slah satu kelebihan wuduk ni ialah berdasarkan hadis di bawah ni

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361)

renung-renungkan dan selamat beramal yer..

p/s: cara wuduk yang aku tunjukan ni menurut Mazhab Syafie saja tau coz aku berpegang dengan Mazhad Syafie .. untuk 3 lagi Mazhab yang utama tu ada sedikit berbezadengan mazad syafie ni  .T.Q

sumber gmbar: bang cik gooogle.

No comments:

Post a Comment