Wednesday, April 20, 2011

Hiasan Duniawi

Asssalamualaikum..
sekarang ni masih dalam mood study untuk final exam..so xsempat lagi nak update blog..sory sangat..
2 3 ari ni juga aku just blogwalking skit2 untuk merehatkan minda yang tengah kusut deaan soalan final..
ari ni aku just nak kongsikan sikit info daripada iluvislam yan aku baca masa terjah kat sana tadi..
 jom  layannnn.....


alt

Hiasan Duniawi

Wanita digelar penyeri dunia dan hadirnya melengkap hubungan manusia.
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan jiwa lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan teman pendamping diri iaitu Siti Hawa.
Wanitalah yang dipanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi jikalau lelaki sendiri yang tidak lurus, maka akan sukarlah meluruskan mereka.
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Justeru, luruskanlah wanita dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Luruskanlah mereka mengikut panduan dariNya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, bimbang mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, khuatir nanti mereka akan binasa.
Akal setipis rambut, tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Jiwa selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah SWT, zat yang kekal kerana Dialah pencipta wanita. Hanyalah Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.
Wanita,
Tercipta dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi, 
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tetapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi.
Suburkanlah hati mereka dengan keimanan kerana disitulah titik tolak untuk mereka lihat nilaian dan keadilan Tuhan.
Pasti terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara.
Kelembutan bukan suatu kelemahan. Bukan jua diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah hiasan mereka, dan bukti kasih sayang Tuhan terhadap mereka.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang.
Tidak akan lahir seorang lelaki hebat tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang presiden negara tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang jutawan tanpa wanita.
Namun, wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Waima sebodoh-bodoh wanita mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah natijahnya apabila wanita tidak kenal pencipta mereka. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai 'boss' telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Ingatlah, pabila wanita derhaka.. dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Apabila patahnya tulang rusuk, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Buat lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu menuju redha Ilahi.
Abadikanlah diri kepada Yang Esa, nescaya akan mudahlah segala urusan dibawah pimpinan kita.

Thursday, April 14, 2011

Tawaran Masuk U



haaa..nieh la U yang aku maksudkan tu..
yeah..last minute bwu aku dapat tawaran ni daripada blogger lain..kira ok la 2..
rasa2 sempat lagi kot nak daftar masuk nieh..sebab tarikh tutup penyertaan kol 12 malam ni..hehehe
so, spa2 yg nak masuk boleh la daftar lg sebelum kol 12 ni..

okie..Bersempena dengan pembukaan rasmi Universiti Blogger Malaysia, pihak pengurusan universiti ni mengalu-alukan kehadiran para siswazah blogger2 semua. dan bersempena itu juga, pihak pengurusan universiti ingin mengadakan satu Minggu Orientasi sebagai pembuka acara bagi universiti ini.

so, untuk minggu orientasi ini, pihak universiti  ingin para siswazah sekalian untuk memperkenalkan diri anda masing-masing. berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) :

1.     letakkan banner UBM dalam entry anda.
2.     nama anda dan nama blog anda.
3.     sejak bila mula berblog.
4.     apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
5.     pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

okieh3..untuk itu aku akn memberi butiran2 yg diperlukan diatas

1 .dah ada kat atas tuh..

2. Nama: Muhammad Ikram Bin Abdul Majid
  Nama Blog: livexperiancetime

3. start blog: ogos 2010
4.pada pandangan aku..dunia blog masa masa kini lebih pesat dengan adanya kemudahan internet yang laju dan semakin meluas di  seluruh pelusuk Malaysia. tambahan pula dengan kemudahan yang disediakan di internet untuk meningkatkan pretasi blog masing2 dapat miningkatkan lagi populasi blog. Dunia blog ini juga telah menjadi satu medan untuk mencari sumber untuk rujukan dalam pelbagai topik. namun begitu, ada juga blog yang tidak patut kita jadikan teladan seperti blog2 yang mempunyai unsur2 yg tidak elok. kita harus bijak dalam dunia ini supaya kita tidak cepat mempercayai unsur2 yang diragui.

5.pandangan aku mengenai IPTM plak ialah ini adalah ianya adalah sebuah lagi tempat untuk menghimpunkan   blogger di malaysia.. di sini juga akan meneratkan lagi hubungan silaturahim antara blogger kat malaysia tanpa mengira peringkat umur atapun warna kulit..huhu


"MAJULAH BLOGGER UNTUK MALAYSIA"

caiyok...inilah saja butiran2 yang dah diperlukan untuk nk daftar masuk..

p/s: sempat lagi ni,,jom masuk ramai2..bukan ada yuran pon..

Revolution..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah...syukur..hasil sentuhan air tangan aku dan blogger azim, dapat juga aku menukar layout blog aku nieh..macam mana pendapat korang semua...??..
Pada pendapat aku sebagai pemilik blog, layout baru aku ini nampak lebih ceria berbanding layout sebelum ni yang agak gelap-gelemant macam duk kat bawah laut dalam..huhu...layout aku kali ni lebih menarik hati dan menenagkan jiwa dengan disirami warna2  yg ceria..tapi kalau kalau tengok lama2 sakit mata plak kn..huhu..
biasa la..dalam dunia ni mana ada yang sempurna kan..
berbalik kepada tajuk aku...

yeah ini juga satu revolusi dalam blog aku..caiyok..

okieh2..rasa memang kena dengan tajuk aku ari ini..huhu

first skali, aku nak terangkan maksud revolution ni dlu.

Revolution..
dalam bahasa melayu ialah revolusi
dalam istilah ialah perubahan @ hijrah
dalam erti kata lain ialah tranformation @ tranformasi


seterusnya aku just nak tunjuk gambar2 revolusi yang menarik untuk tambahan ilmu kita yang bagaikan hanya setitis air di lautan..
apa yang aku cuba nak kongsikan ini ialah gambar dan logo perubahan yang berlaku mengikut masa dan perkembangan dunia hari ini..
layaaannn..


Revolusi logo Google  


Revolusi perkembangan logo Microsoft



Blackberry dari dlu hingga sekarang

 

Revolusi Alfa Romeo..sebuah syarikat pengeluar kereta





Revolusi perkembangan Pepsi..minuman yang menyegarkan 




yang ni untuk perkembangan tool bar dalam photoshop dari pada Ps 97 - Ps CS3



Revolusi vidoe games controller 



kemajuan  selular di dunia



Revolusi logo minyak Shell



Evolusi watak Mario




HAHA...yang ni xtermasuk dalam tajuk aku hari ni..sja nk letak kat sini..jangan marah yer...

okieh..setakat ineh dlu sejarahperkembangan  yang boleh di kongsikan..jngan lupa sambungan Part 2 yang akan datang..hehehe

p/s: nk ucap terima kasih kepada sapa2 yang support blog aku..Arigatougozaimas...!!