Thursday, September 29, 2011

Manusia .. Malaikat .. dan Syaitan




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!
Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

Manusia - Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ni)
3. Syaitan - Tak payah !

Friday, September 9, 2011

YESSSS!!! Aku Tak Kena Bayar Cukai Topup

betulllll...kalau xcaya tegok msej yg aku dapat ni...
  

















huwa huwa huwa huwa huwa

just joke ok... 

jangan marah ekk..hehe



p/s: mesej tuuu telah di edit..hehe 

Doodle raya dan merdeka

Doodle ni daripada google untuk malaysia pada raya ke 2 tahun 2011 ataupun pada ulang tahun kemerdekaan malaysia yg ke 54 pada 31.8.2011



klik gambar untuk besarkan

Thursday, September 8, 2011

GEMPAR!!! – Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept



KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

p/s : jngan sampai masuk toilet awam pon kena cukai suda...haha

Lama giler...

peerrhhhh...lama gila aku x updtade blog aku ni..
ntah dh jadi apa2 la..
dah berabuk dan dah berlapuk ..
haha
4 bulan lebih jugak la aku x update
xpenah buka pon selama 4 bulan 2..haha
dalam minggu ni ja baru aku buka blog ni yg dh berkurun aku tinggalkan..haha
aku mintak maaf sangat2 kat semua yang sudi datang blog aku ni walaupun xdak entri baru..
last entri aku leh tahan sampai 4 bulan ooo...haha
sowie yer..walaupun aku xupdate entri tp....ada yg masih datang blog aku ni..huhu..
banyak sebab gak la kennapa aku tinggal kan blog ni untuk sementara waktu.. 
first sekali coz aku terlalu sibuk ngan hal lain sampai xdan nak buka blog ni..
kedua, coz internet xberapa laju..haha..nk buka facebook pon kena tunggu berejam-jam..memang tension la..
ketiga, la ni aku dh start study sejak bulan 7 yg lepas..
hurm..memang busy la kan sebagai pelajar..
oke..aku pon xmo nak cakap bnyak la kn..
mybe nnt ada masa terluang aku akan cuba untuk update blog aku ni..
okeh...bye2 .. assalamualaikum..