Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu
pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting
untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja
membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.
antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda
memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat
mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan
menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih
lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat
dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa
letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi
pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan
hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah
satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin
ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring.
buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh
badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan
boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan
sebarang penyakit...
No comments:
Post a Comment