Saturday, December 8, 2012

20 Orang Kaya Di Malaysia Tahun 2012

Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia. .korang tahu x kt negara kita ni ada senarai orang yg terkaya berdasarkan pada jumlah aset harta yang di nilai pada setiap tahun. .Salah satunya yang gambar kat bwah nieh. .korang kenal x?haa ni la Robert Kuok Hock Nien. .orang 1st terkaya kat Malaysia ni. .jom terjah senarai 20 orang kat bawah ni. .hehe





Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Jan, 2012):

          Nama                   Kekayaan (RM Juta)         Syarikat  

1.  Robert Kuok Hock Nien RM 45,700.00 Juta KerryGroup/KuokGroup

2.  T Ananda Krishnan RM 42,998.00 Juta Usaha Tegas

3.  Tan Sri Teh Hong Piow RM 12,642.01 Juta Public Bank

4.  Tan Sri Lee Shin Cheng RM 11,356.55 Juta IOI Group

5.  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary RM RM9,530.00 Juta Albukhary Foundation

6.  Tan Sri Quek Leng Chan RM 8,002.92 Juta Hong Leong

7.  MalaysiaTan Sri Lim Kok Thay RM7,585.07 Juta Genting Group

8.  Puan Sri Lee Kim Hua RM 6,588.33 Juta Genting Group

9.  Tan Sri Tiong Hiew King RM 6,411.46 Juta Rimbunan Hijau

10.  Ong Beng Seng RM 4,919.56Juta Hotel Properties Ltd

11.  Tan Sri Azman Hashim RM3,470.00 Juta Arab-Malaysian Corp

12.  Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun RM 2,541.74 Juta Berjaya Group

13.  Datuk Mokhzani Mahathir RM 1,937.27 Juta Kencana Petroleum

14.  Datuk Lee Yeow Chor RM 1,787.85 Juta IOI Group

15.  Tan Sri Tony Fernandes RM 1,772.42 Juta AirAsia

16.  Lee Yeow Seng RM 1,746.00 Juta IOI Group

17.  Tan Sri Lau Cho Kun RM 1,721.64 Juta Hap Seng Consolidated

18.  Tan Sri Yeoh Tiong Lay RM 1,711.84 Juta YTL Group

19.  Tan Sri Lee Oi Hian RM 1,589.97 Juta Batu Kawan

20.  Datuk Lee Hau Hian RM 1,586.18 Juta Batu Kawan

- BERNAMA

Thursday, September 29, 2011

Manusia .. Malaikat .. dan Syaitan




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!
Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

Manusia - Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ni)
3. Syaitan - Tak payah !