Pengenalan
Surah Al-Fatihah (سورة
الفاتحة) - Pembukaan -
surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir.
Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap
keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia
dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau
induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran
itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud
tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukanlah kami jalan yang lurus,
صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّينَ